Benzema Menunjukkan Reaksi Bengang Dengan Pengkhianatan Mbappe
Dunia
sportbible
Advertisements

Penyerang profilik Perancis, Kylian Mbbape semalam telah mengesahkan bahawa beliau akan terus kekal bersama Paris Saint German (PSG) sehingga 2025. 

Sebelum ini, rakan senegaranya, Karim Benzema memberi bayangan bahawa Mbbape bakal sertai Real Madrid pada musim baharu nanti. 

Sebentar tadi, Karim Benzema telah memuat naik satu hantaran di laman Instagram yang seolah-olah ditujukan kepada Mbappe yang diperlihatkan dengan watak seorang rapper terkenal suatu ketika dahulu iaitu Tupac bersama rakan baiknya. 

Advertisements

Hantaran ini berkaitan rapat dengan isu perpindahan dengan bintang sensasi PSG, Mbbape. 

https://twitter.com/brgoals/status/1528133202262605824?s=21&t=CueQ5wJoQK8Lwqz7fT7qtg

Gambar yang anda boleh lihat adalah milik penyanyi rap terkenal Tupac Shakur yang dibunuh pada 1996 selepas beberapa rakannya didakwa mengkhianatinya.

Dua pemain ini mempunyai dua hubungan rapat yang seakan-akan Mbappe telah mengkhianati Benzema kerana membuat pusingan U kembali kekal bersama PSG.

Advertisements

Kylian Mbappe pada mulanya difahamkan sudah menandatangani pra-kontrak bersama Real Madrid. Namun, sebaliknya beliau terus kekal bersama PSG dengan perjanjian yang tidak masuk dek akal.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram