Berbelanja RM3.2 Bilion, Chelsea Boleh Daftarkan 3 Pemain Baharu Sahaja
Dunia
ESPN FC
Advertisements

Semua maklum dalam pasaran perpindahan Januari lepas, Chelsea berbelanja besar dengan nilai perbelanjaan £611 juta (RM3.2 bilion) untuk lapan orang pemain.

Tetapi pengurus Graham Potter kini berhadapan dengan dilema kerana hanya boleh mendaftarkan tiga pemain baru untuk pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Selain itu, beliau juga harus melepaskan seorang pemain yang didaftarkan bagi membenarkan tiga pendaftaran itu diteruskan.

Musim perpindahan Januari menyaksikan Joao Felix, David Datro Fofana, Benoit Badiashile, Mykhailo Mudryk, Malo Gusto, Andrey Santos, Noni Madueke dan Enzo Fernandez tiba di Stamford Bridge.

Advertisements

Daripada lapan pemain ini, Gusto kemudiannya dipinjamkan semula kepada kelab lamanya Olympique Lyon sehingga akhir musim ini.

Dengan 33 pemain dalam pasukan termasuk Hakim Ziyech yang gagal berpindah secara pinjaman ke PSG, Potter perlu membuat keputusan siapa yang patut dikeluarkan.

Ini kerana kelab hanya dibenarkan mendaftarkan 17 pemain bukan akar umbi dalam senarai pemain UCL. Ini bermakna beberapa nama tidak akan berpeluang beraksi di kejohanan berprestij itu.

Advertisements

Antara nama yang bakal dipotong ialah Ziyech, Christian Pulisic dan Marcus Bettinelli. Bettinelli dianggap paling berkemungkinan disingkirkan kerana slot penjaga gol ketiga Blues boleh diisi oleh penjaga gol akademi kelab.

Tiga nama yang dijangka tersenarai ialah Felix, Badiashile dan Mudryk atas sebab kewangan. Tetapi keputusan akhir terletak di tangan bekas pengurus Brighton itu.

Sudah pasti Potter mahu membina pasukan yang dapat mencabar UCL. Pada masa sama, memastikan Chelsea memburu slot kelayakan UCL yang ketika ini dihuni oleh Arsenal (pendahulu liga), duo Manchester, Manchester City dan Manchester United (tempat kedua dan ketiga) serta Newcastle United (tempat keempat).

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram