Dunia
JST
Advertisements

Sehingga kini, masih tiada perkembangan terbaharu mengenai pemain-pemain baharu yang akan menyarung jersi juara Liga Super sembilan kali, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Para pemain JDT kini sedang bercuti dan dikhabarkan akan melapor diri pada Januari depan dan akan memulakan sesi latihan bersama barisan kejurulatihan baharu yang diketuai Esteban Solari.

Baru-baru ini, telah tersebar berita perpindahan pemain import baharu JDT di negara Chile. Pemain yang dimaksudkan ialah pemain skuad kebangsaan Chile, Esteban Pavez yang kini beraksi untuk kelab Colo Colo di Liga Chile.

Advertisements

Pavez yang berusia 32 tahun bukanlah nama yang asing dalam arena bola sepak di Chile apabila sehingga kini beliau sudah mengumpul 8 penampilan antarabangsa bersama Chile. Pemain yang beraksi di posisi tengah bertahan itu juga merupakan pemain utama kelab Colo Colo sejak beberapa musim ini.

Walaupun kehadiran Pavez ke JDT menjadi tanda tanya di kalangan penyokong JDT, namun penyerang berbisa JDT, Bergson da Silva seperti memberikan klu mengenai kemasukan Pavez.

Advertisements

Bergson dalam satu muatnaik ‘Instagram Story’ telah berkongsi satu video yang memaparkan beliau memakai jersi pasukan kebangsaan Chile dan tertera nama Pavez di belakang jersi tersebut. Video tersebut seolah-olah mengiyakan kehadiran Pavez ke JDT.

Bergson Pavez Bergson Bagi 'Hint' Import Baharu JDT?
Bergson memakai jersi pasukan kebangsaan Chile dan tertera nama Pavez di belakang jersi tersebut. Kredit IG Bergsonberg.

Untuk rekod, Bergson dan Pavez pernah beraksi bersama ketika kedua-dua mereka menyarung jersi Athletico Paranaense sekitar pada tahun 2018 sebelum membawa haluan masing-masing.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram