Bergson Tak Mahu Bebankan Arif Aiman
Piala Malaysia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva tidak mahu meletakkan beban yang besar kepada rakan sepasukannya, Arif Aiman Hanapi untuk mengambil sepakan penalti pada masa tambahan ketika aksi final Piala Malaysia 2023 menentang Terengganu FC.

Pemain berusia 32 tahun itu gusar Arif akan dikecam sekiranya beliau gagal dalam tendangan penalti itu sehingga membuka peluang pasukan Terengganu melakukan serangan balas dan seterusnya menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan.

Dia masih muda dan sekiranya dia gagal menyempurnakan sepakan penalti itu, mereka (Terengganu) boleh menyerang balas dan menjaringkan gol, sudah tentu orang ramai akan mengecam beliau (Arif),” ujar Bergson yang ditemui selepas perlawanan.

Advertisements

Katanya lagi, sudah menjadi tanggungjawab beliau untuk mengelakkan perkara buruk itu berlaku memandangkan beliau adalah pemain yang dipertanggungjawabkan untuk mengambil sepakan penalti ketika sesi latihan.

Di sebalik kegusaran itu, beliau tetap menaruh kepercayaan yang tinggi buat Pemain Paling Bernilai 2022 itu dan bersyukur serta gembira Arif berjaya menyudahkan sepakan penalti itu sekaligus mengesahkan kemenangan buat pasukan JDT.

”Ya, saya percaya kepadanya kerana beliau seorang pemain yang hebat, cuma ketika situasi itu, ianya agak berisiko untuk pemain berusia 21 tahun itu sekiranya beliau gagal memanfaatkan peluang keemasan tersebut tetapi beliau pemain yang hebat dan berjaya menjaringkan gol untuk pasukan.

Advertisements

Penyerang kelahiran Brazil itu juga tidak menyembunyikan rasa kecewanya dengan keadaan padang pada perlawanan ini dan berharap di masa akan depan, keadaan padang akan ditambah baik oleh pihak yang sepatutnya.

Pada perlawanan akhir itu menyaksikan skuad Harimau Selatan berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi pada tahun lalu apabila menumbangkan Terengganu FC 3-1 menerusi jaringan Bergson Da Silva, Feroz Baharuddin dan Arif Aiman manakala jaringan tunggal Terengganu disumbangkan oleh Ivan Mamut.

Tonton video penuh:

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram