Berita baik kembali menghangatkan revolusi Harimau Malaya bagi kempen Kelayakan Piala Asia 2027.
Skuad kendalian Peter Cklamovski bermula cemerlang apabila menundukkan pasukan ke-175 dunia, Nepal dengan keputusan 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim.
Pasukan kebangsaan juga dihiasi dengan debut tonggak Portimonense SC, Hector Hevel yang beraksi cemerlang selain kehadiran seorang lagi pemain iaitu Gabriel Palmero.
Persiapan pasukan kebangsaan menjelang aksi kedua kumpulan menentang Vietnam diserikan dengan berita kehadiran 7 orang lagi pemain warisan.
Perkara ini disahkan oleh DYAM Tunku Ismail berhubung usaha untuk membawa masuk 7 orang lagi pemain warisan dari luar negara buat Harimau Malaya.
“7 lagi pemain warisan luar negara akan menambah lebih banyak kualiti dan membantu pasukan.
“Apa yang penting adalah pasukan negara bermain pada pentas tertinggi dalam kejohanan tertinggi dan disegani.
“Ini melibatkan maruah dan imej negara. Untuk mencapai matlamat tersebut kita harus bersatu dan bersabar,” katanya di laman X.
Beberapa pemain mula dikaitkan untuk menyertai revolusi Harimau Malaya namun belum disahkan secara rasmi oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).