Advertisements
Bermula Sebagai Penjaga Gol, Kisah Stuart Wilkin Buka Mata FIFA
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Perjalanan hebat karier perancang tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin yang bermula sebagai penjaga gol telah membuka mata FIFA.

Pemain berusia 26 tahun itu menjadi antara watak penting bersama skuad kebangsaan sejak kebelakangan ini termasuklah ketika membantu negarap pada kempen Piala Asia 2023.

Beliau turun dalam kesebelasan utama bagi ketiga-tiga aksi selain beraksi cemerlang ketika Malaysia mengikat Korea Selatan dengan keputusan 3-3.

Menerusi perkongsian oleh pemain kelahiran England-Malaysia itu kepada FIFA, beliau sempat bercerita mengenai detik sebagai pemain yang bermula pada posisi penjaga gol.

“Apabila saya mula bermain semasa kanak-kanak, saya benar-benar pemalu. Apabila tiba masanya untuk memilih posisi, semua orang keluar padang dan tiada penjaga gol jadi di situlah mereka meletakkan saya.”

Baca Lain: Kim Pan-gon Bawa 4 Watak Baharu Ke Oman

“Saya akhirnya beraksi selama beberapa musim sebelum kebanyakan pemain bagus pergi dan saya bertanya kepada jurulatih jika saya boleh diletakkanpada posisi lain.”

“Mereka akhirnya memainkan saya sebagai penyerang ketika berusia 10-12 tahun dan saya mula kerap menjaringkan gol dan di situlah semuanya bermula.”

Wilkin dilepaskan dari akademi pada usia yang muda dan kemudiannya menempuh laluan kebiasaan bagi ramai graduan akademi dalam sistem kolej AS.

Beliau memperoleh ijazah pemasaran di samping melanjutkan pendidikan bola sepaknya, sebelum peluang secara tiba-tiba muncul untuk membolehkannya ke Malaysia.

“Saya mempunyai ejen di England yang hadir ke sekolah bersama Junior dan nama saya disebut-sebut. Beberapa panggilan telah dibuat di Malaysia dan sebelum saya sedar saya mempunyai peluang untuk pergi dan menjalani sesi percubaan,” katanya.

Ibunya yang juga merupakan anak jati kelahiran Bentong, Pahang sering pulang ke Malaysia sambil beliau menyatakan saranan yang diberikan oleh rakyat Malaysia agar beliau pulang dan beraksi di sini membuka hatinya.

Stuart juga gembira dapat menyarung jersi kebangsaan dan beraksi secara konsisten di bawah kendalian Kim Pan-gon.

Perancang tengah Sabah FC ini berada dalam senarai 24 pemain yang dibawa ke Oman bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 pada 22 Mac 2024.