Kejohanan AFF Piala Mitsubishi Electric akan diserikan dengan bola baharu yang akan digunakan pada edisi 2022 hujung tahun nanti.
Melalui kemaskini laman sosial Warrix yang merupakan salah satu entiti rakan penaja kejohanan itu, bola yang diberikan nama ‘BERSATU’ sah akan digunakan dalam perlawanan AFF Mitsubishi Electric 2022 nanti.
Warrix melalui kemaskini itu juga menyatakan bahawa mereka mengambil inspirasi BERSATU yang memberikan refleksi kepada kerjasama, kesatuan dan perpaduan masyarakat di Asia Tenggara khususnya.

Mesej itu juga menunjukkan bahawa Warrix mahu menyebarkan mesej dimana harmoni serta perasaan kecintaan adalah teras kepada kekuatan ASEAN.
Bola BERSATU itu direka khas dengan reka bentuk moden memiliki ciri tersendiri termasuklah Thermo Bonded dimana teknologi itu menjadikan bola bulat tanpa memerlukan sebarang jahitan. Ciri-ciri itu juga dikatakan membantu bola untuk lebih mudah ditimbang dan lebih seimbang.

Kejohanan AFF Piala Mitsubishi Electric 2022 dijadualkan akan bermula pada 20 Disember 2022 sehingga 16 Januari 2023, 2 hari selepas kejohanan Piala Dunia Qatar 2022 melabuhkan tirai.
Skuad Kim Pan-gon diundi dalam kumpulan B bersama Vietnam, Singapura, Myanmar dan Laos.