Advertisements
BG Pathum Sambar Kapten Chonburi Dengan Tawaran ‘Pecah Panggung’
Asia Tenggara
MakanBola
Chonburi FC

Susulan prestasi kurang memberangsangkan dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan Thai League 1, BG Pathum United mula membuat perubahan segera.

Selepas membawa masuk Makoto Teguramori menggantikan pengendali sebelumnya, Thongcai Sukkoki, The Rabbits mengumumkan perpindahan pemain tengah Thailand, Kritsada Kaman.

Perpindahan mengejut Kritsada diumumkan oleh kedua-dua pasukan di laman media sosial masing-masing hari ini.

“BG Pathum United gembira untuk mengumumkan perpindahan pemain antarabangsa Thailand, Kritsada Kaman, 24, dari Chonburi agar The Rabbits bersedia mencabar untuk kejayaan pada pusingan kedua musim 2023/24.

“Perpindahan ini menandakan perpindangan profesional pertama Kritsada Kaman dari Chonburi dalam kariernya,” kata pengurusan BG Pathum dalam satu kenyataan.

SiamSport melaporkan perpindahan ini diluluskan Chonburi bagi membantu kelab tersebut mendapatkan suntikan kewangan bagi mengharungi musim berikutnya.

Suntikan kewangan ini bukan saja membantu pasukan utama untuk terus berjuang kekal dalam Thai League 1. Malah, ini akan membantu akademi The Sharks melahirkan lebih ramai pemain berbakat setaraf dengan Kritsada.

Perpindahan ini bakal merangsang moral beliau lebih-lebih lagi untuk aksi persahabatan antarabangsa antara Thailand dengan Jepun pada 1 Januari 2024.

Perlawanan tersebut merupakan sebahagian daripada persiapan Gajah Perang untuk menghadapi Piala Asia 2023.