Bima Sakti Ganti Tempat Shin Tae-yong
Dunia
PSSI
Advertisements

Jurulatih skuad kebangsaan Indonesia Bawah 16 Tahun, Bima Sakti diberi tanggungjawab khas untuk mengetuai kem pusat latihan bagi Sukan SEA 2021 bagi skuad bawah 23 tahun.

Kem latihan pusat sudah bermula dan difahamkan Shin Tae-yong tidak berada di kem latihan pusat Jakarta oleh kerana ketika ini beliau mempunyai tugas untuk mengendali pasukan kebangsaan Bawah 19 tahun di Korea Selatan .

Walau bagaimanapun, Bima Sakti menyatakan bahawa beliau sentiasa berhubung dengan Shin Tae-yong melalui penterjemah khas mereka sewaktu latihan pusat fasa 1 berlangsung.

Advertisements

“Saya berkoordinasi dengan coach Shin Tae-yong lewat coach Nova bahwa Timnas Indonesia U-23 sudah menjalani latihan pertama setelah selesai kompetisi,” ujar Bima Sakti dinukil dari laman PSSI.

Tambah Bima Sakti, jurulatih Korea Selatan itu turut menyediakan jadual waktu latihan buat skuad kebangsaan Indonesia untuk meneruskan latihan tanpa kehadirannya seperti yang dipetik dari laman Bola.com.

“Jadi, ini adalah tempoh peralihan untuk pemain pasukan kebangsaan B-23 Indonesia.  Jurulatih Shin Tae-yong juga menyediakan jadual waktu petang dan malam untuk gim,” jelas Bima Sakti.

Advertisements

Shin Tae-yong sebelum ini diberikan peranan menyeluruh untuk membangunkan skuad muda dan senior Timnas Indonesia dan berjaya memperbaiki transisi pemain muda ke skuad senior.

Timnas Indonesia turut membariskan majoriti pemain muda dalam kempen Piala AFF 2020 dan berjaya mara ke perlawanan akhir kejohanan dwi-tahunan tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram