Bintang AS Roma Perkuat Cabaran Uzbekistan Berdepan Malaysia
Dunia
Instagram: @officialasroma
Advertisements

MakanBola.com, Petaling Jaya, 20 Sept – Seorang pemain bintang pasukan kebangsaan Uzbekistan dijangka menjadi tunjang utama pasukan ketika berhadapan dengan pasukan negara dalam siri perlawanan persahabatan yang dijadualkan bakal berlangsung bulan Oktober ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan dua pasukan yang menjadi piihan untuk dijadikan medan ujian terbaik ialah pasukan Jordan dan Uzbekistan. Kedua-dua pasukan ini berada pada kedudukan 100 terbaik dalam ranking yang telah dikeluarkan oleh badan bola sepak dunia (FIFA).

Namun begitu, antara perkara yang menarik perhatian para peminat tanah air mengenai perlawanan menentang pasukan Uzbekistan adalah menerusi senarai pemain bintang mereka terutamanya di bahagian serangan.

Advertisements

Pasukan yang berada pada kedudukan ke-84 dunia ketika ini dilihat mempunyai kombinasi pemain muda dan pemain berpengalaman yang membentuk gandingan yang baik sebagai satu pasukan.

Pasukan bimbingan jurulatih berpengalaman, Srecko Katanec ini dilihat bakal menguji kemampuan skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe yang turut menerima suntikan tambahan menerusi pemain-pemain yang berkelana di Eropah seperti Dion Cools selain barisan serangan bakal diisi oleh penyerang muda KV Kortrijk, Luqman Hakim Samsuddin.

Sungguhpun begitu, pasukan kendalian jurulatih berusia 58 tahun itu dijangka bakal mempertaruhkan khidmat penyerang yang beraksi di AS Roma iaitu Eldor Shomurodov untuk mengetuai barisan serangan pasukan.

Advertisements

Pemain berusia 26 tahun itu yang sedang menikmati permulaan musim yang baik di bawah kendalian jurulatih tersohor, Jose Mourinho apabila cemerlang membantu pasukan itu berada di tangga keempat liga selepas 4 perlawanan.

Beliau juga memiliki kemampuan untuk beraksi di mana-mana posisi di bahagian serangan termasuklah di posisi sayap kiri dan kanan pastinya menjadi aset terbaik buat pasukan.

Dalam perlawanan persahabatan menentang Sweden 5 September yang lalu, Shomurodov diberi tanggungjawab untuk menggalas tugas sebagai kapten pasukan dan juga beraksi di posisi penyerang tengah bersama Uzbekistan yang tewas 1-2 ketika itu.

Advertisements

Untuk rekod, beliau telah melakukan 2 bantuan gol dalam 4 penampilan dalam Serie A dan juga 2 bantuan gol dalam UEFA Conference League musim in.

Barisan pertahanan negara perlu berwaspada dengan cabaran yang dibawa oleh Eldor yang telah beraksi bersama Genoa sebelum menyertai pasukan AS Roma awal musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram