Ads
Bintang Brazil, Tonggak Georgia Dilaporkan Dalam Radar JDT & Selangor Futsal
UltraSukan
JDT/Selangor Futsal

Khabar angin mula bertiup kencang mengaitkan skuad futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor bakal merekrut dua bintang futsal dunia dari Brazil dan Georgia.

Advertisements

JDT Futsal yang mengumumkan perpisahan bersama pemain dari Brazil, Helio Neto minggu lalu kini difahamkan mencari pengganti bagi mengisi satu slot pemain import yang ditinggalkan oleh Neto itu.

Advertisements

Menurut pemerhati bola sepak Johor, Juan Budiman di laman X, pemain import yang bakal menyertai skuad Harimau Selatan kali ini merupakan anggota pasukan kebangsaan Brazil.

Advertisements
Advertisements

Berdasarkan petunjuk yang diberikan ini, besar kemungkinan pemain import tersebut merupakan Bruno Taffy yang merupakan tonggak skuad futsal kebangsaan Brazil yang pernah beraksi di Piala Dunia Futsal 2021 dan Copa Amerika Futsal 2022

Menurut pemerhatian MakanBola/UltraSukan, pemain berusia 34 tahun tersebut sudah pun mengikuti JDT Futsal dan beberapa pemain Harimau Selatan yang lain seperti Danial Dain serta Firdaus Ambiah di laman Instagram.

Advertisements

Salah satu pencabar JDT, Selangor Futsal turut dilaporkan akan menandatangani seorang pemain import baharu bagi menggantikan tempat Matheus Vasconcelos yang dilepaskan atas faktor peribadi bulan lalu.

Import baharu yang sedang hangat diperkatakan bakal menyarung jersi The Red Giants merupakan pemain kebangsaan Georgia, Bruno Petry yang baru sahaja meninggalkan kelab Itali, Pirossigeno Cosenza awal Mei lalu.

Desas-desus ini mula kedengaran apabila sekeping foto yang dimuatnaik oleh Petry sendiri di laman Instagram peribadinya yang memaparkan beliau bersama isteri dan anak perempuannya di hadapan Menara Berkembar Petronas.

Hal ini dikuatkan lagi dengan tanda ‘like’ yang diberikan oleh akaun Selangor FC Futsal kepada gambar tersebut dan para peminat Merah Kuning sudah mula membanjiri ruangan komen.

Saingan MPFL akan kembali minggu ini dengan JDT bakal bertandang ke Pantai Timur untuk menentang Terengganu sementara Selangor menanti kunjungan juara bertahan, Pahang Rangers di Kompleks Sukan Negara, Shah Alam pada 29 Jun ini.

Advertisements

Carta kedudukan MPFL pula menyaksikan JDT masih gah di tangga teratas liga dengan 21 mata maksimum daripada tujuh perlawanan manakala Selangor di tempat keempat dengan 12 mata hasil daripada empat kemenangan dan tiga kekalahan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram