Advertising
Pengganti Helio Neto Di JDT Bukan Calang-Calang
UltraSukan
JDT Futsal

Susulan pemergian pemain import Brazil, Helio Neto, skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dilihat sudah memiliki calon pengganti untuk pemain berkenaan.

Semalam, ramai penyokong JDT terkejut apabila pemain berusia 32 tahun itu mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan berkenaan.

Ad

Ini selepas Neto memaklumkan bahawa kontraknya bersama Harimau Selatan akan berakhir pada penghujung bulan ini.

Ad

Meskipun tempohnya bersama JDT hanya selama enam bulan, beliau memastikan pasukan itu muncul pendahulu Divisyen 1 Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024 dan kekal tanpa kalah dalam tujuh perlawanan.

JDT dikhabarkan sudah mempunyai pengganti Neto untuk memperkuatkan pasukan itu untuk baki saingan Divisyen 1 MPFL.

Ad

Menurut pemerhati bola sepak Johor, Juan Budiman, JDT dilaporkan akan membawa seorang pemain yang pernah beraksi untuk pasukan kebangsaan Brazil. Walau bagaimanapun, identiti pemain tersebut tidak diketahui.

Ad

“Rekod 100% menang dari tujuh perlawanan bukan alasan untuk dabik dada. Skuad futsal JDT bakal diperkuatkan dengan pemain import baharu di posisi pivot yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Brazil,” katanya di X pada 3 Jun lalu.

Ad

Neto dijangka berkelana ke Thailand untuk menyertai Thai Futsal League musim 2024/25 yang akan berlangsung pada bulan hadapan. Ini berdasarkan satu laporan oleh SNE Sports.