Advertising
Bintang Jordan Optimis Saat Buruk Pasukan Tidak Kekal Lama
MakanBola
FA Jordan

Penyerang Jordan, Musa Al-Taamari percaya prestasi buruk yang membelenggu pasukan itu tidak akan berpanjangan menjelang Piala Asia 2023 yang bermula esok.

Tahun 2023 menyaksikan The Chivalrous One hanya merekodkan dua kemenangan iaitu ke atas Filipina dan Jamaica serta satu keputusan seri.

Ad

Sementara lima perlawanan lagi berakhir dengan kekalahan termasuk kekalahan besar 6-0 di tangan Norway.

Ad

Selain itu, mereka juga tewas dua daripada tiga aksi pemanas badan pra-Piala Asia. Mereka tewas 2-1 kepada Lubnan pada 28 Disember 2023 sebelum dibelasah 6-1 oleh Jepun pada 9 Januari lalu.

Satu-satunya kemenangan diraih bila mereka menewaskan tuan rumah Piala Asia, Qatar 2-1 pada 6 Januari lalu.

Ad

Musa yang beraksi untuk kelab Ligue 1, Montpellier mengakui prestasi buruk yang membelenggu Jordan ketika ini menggusarkan penyokong.

Ad

Pada masa sama, beliau percaya prestasi buruk ini tidak akan berkekalan dan anak buah Hussein Ammouta mampu bangkit apabila kempen Kumpulan E bermula.

Ad

“Kami faham mengapa peminat menyalahkan skuad kebangsaan Jordan (atas permulaan buruk kempen kelayakan Piala Dunia 2026).

“Tapi kami baru di peringkat permulaan kempen kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia dan di situ ada dua slot kelayakan. Fokus kita pada ketika ini ialah Piala Asia dan kita bersedia untuk beraksi dan menggembirakan penyokong Jordan, Insya Allah,” katanya seperti dipetik portal Al-Rai.

Musa telah membuat 54 penampilan buat The Chivalrous Ones sejak membuat kemunculan pertama untuk pasukan itu pada 2016.

Beliau juga mempamerkan prestasi baik bersama Montpellier untuk musim 2023-2024. Musa telah merekodkan 16 penampilan, tiga gol dan tiga bantuan gol.

Jordan bakal membuka kempen Kumpulan E menentang Malaysia pada awal pagi 16 Januari 2024 di Stadium Al Janoub.