Bintang Korea Selatan Jadi Buruan Manchester United
EPL
SSC Napoli
Advertisements

Pertahanan Manchester United yang goyah kebelakangan ini merungsingkan ramai penyokong terutama dalam pemburuan kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL). Justeru, tidak hairanlah Red Devils dikhabarkan sedang memburu bek tengah Korea Selatan, Kim Min-jae dari Napoli.

Menurut laporan akhbar Daily Express, United dilaporkan bersedia membayar £53 juta (RM297.5 juta) untuk mendapatkan pemain pertahanan berusia 26 tahun itu. Sekiranya perpindahan ini menjadi kenyataan, ini bakal menjadi penamat karier kapten Red Devils, Harry Maguire di Old Trafford.

Ini kerana Maguire jarang diturunkan pengurus United, Erik ten Hag. Dan dengan perkhabaran bahawa pengurus Belanda itu perlu menjual pemain bagi menambah dana perpindahan musim panas ini, masa depan bek tengah England itu kian kelam.

Advertisements

Dari segi statistik, Min-jae bukan saja berjaya hanya digelecek lima kali dalam 24 perlawanan. Malah, bekas bek tengah Fenerbahce itu memenangi 88 pertarungan di udara di pentas Serie A – jauh lebih banyak daripada pemain-pemain pertahanan lain.

Ini menjelaskan mengapa Napoli mahu mengekalkannya di Stadio Diego Armando Maradona selepas berjaya menjulang Serie A buat kali pertama dalam tempoh 33 tahun. Selain United, Tottenham juga dikhabarkan mahu menggandingkan Min-jae dengan rakan sepasukannya dalam pasukan kebangsaan, Son Heung-min.

Sekiranya perpindahan ini menjadi kenyataan, Min-jae bakal mengikut jejak langkah legenda Korea Selatan yang pernah beraksi di Old Trafford, Park Ji-sung. Dari 2005 hingga 2012, Ji-sung memenangi EPL sebanyak empat kali dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim 2007-2008.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram