Bintang Muda Sasar Bawa Malaysia Ke Piala Dunia
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Bintang muda pasukan bawah 16 tahun negara, Aisy Al Hakim tekad untuk membantu Malaysia mara ke pentas Piala Dunia.

Pemain berusia 15 tahun itu merupakan anggota skuad muda negara bagi mengharungi kempen Kelayakan Piala Asia Bawah 16 Tahun di Indonesia.

Malah, beliau yang juga merupakan anak kepada bekas pemain bola sepak, Hasnizam Uzir memainkan peranan yang cukup penting di bawah kendalian jurulatih, Osmera Omaro.

Advertisements

Kecemerlangan mengharungi saingan kali ini menyaksikan Malaysia mengakhiri saingan Kumpulan B selaku juara dengan memungut 10 mata.

Menerusi satu kenyataan, Aisy nyata berpuas hati dengan persembahan rakan sepasukan terutamanya ketika membantu menewaskan Indonesia sungguhpun seri berdepan Guam pada awalnya.

“Jurulatih kata perlawanan yang dah lepas biarkan, terus fokus kepada dua perlawanan berikutnya.”

Advertisements

Hal ini jelas membantu apabila pasukan muda negara menang  ke atas UAE dan juga Indonesia pada aksi berikutnya.

Ketika ditanya mengenai sasaran beliau selepas ini, bintang AMD ini secara terbuka mahu membantu Malaysia layak ke Piala Dunia.

“Sasaran saya selepas ini adalah untuk membantu Malaysia pergi ke Piala Dunia,” jelasnya kepada Harimau Malaya.

Advertisements

Walau bagaimanapun, beliau masih tidak memikirkan tentang hala tujunya lagi sambil mahu fokus membantu skuad negara di Piala Asia nanti. 

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram