Bintang Piala Dunia Argentina Selangkah Ke Liverpool
EPL
Brighton and Hove Albion
Advertisements

Musim 2022-2023 Liverpool dianggap suram biarpun Reds masih lagi dalam kedudukan terbaik memburu kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah. Dengan seluruh pasukan memerlukan pembaharuan terutama di bahagian tengah, ini mendorong Liverpool memburu bintang tengah Brighton, Alexis Mac Allister.

Bergandingan dengan Moises Caicedo di bahagian tengah, gandingan duo ini membantu Brighton memburu kelayakan ke kejohanan Eropah dan separuh akhir The FA Cup. Malah, Mac Allister juga dianggap tonggak utama Argentina semasa menjulang Piala Dunia 2022 di Qatar.

Justeru, tidak hairanlah selain Liverpool, Manchester United juga mahukan Mac Allister dalam tetingkap perpindahan musim panas ini. Bagaimanapun, usaha mereka bakal dipengaruhi oleh penjualan kelab yang belum dimuktamadkan oleh pemilik mereka ketika ini iaitu keluarga Glazers.

Advertisements

Ini memberi kelebihan kepada pengarah sukan Reds, Julian Ward untuk memburu Mac Allister. Berdasarkan maklumat terbaru wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano, delegasi Liverpool sudah mempersembahkan projek dan pakej kewangan mereka kepada ejen pemain tengah Brighton itu.

Biarpun Reds dianggap pilihan utama mendapatkan bekas pemain Argentinos Juniors itu, itu bukan bermakna perpindahan tersebut telah dimuktamadkan. Ini kerana kelab dan Mac Allister belum mencapai persetujuan.

Malah, bila hal ini diajukan kepada pengurus pasukan, Jurgen Klopp dalam sidang media pra-perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) hari ini, beliau hanya berkata, “Saya tiada apa nak diperkatakan, tiada komen.”

Advertisements

Yang pasti, jika perpindahan ini dapat dimuktamadkan, ia dianggap hadiah perpisahan terbaik Ward kepada Liverpool. Ini selepas Ward sudah mengumumkan bakal meninggalkan kelab pada akhir musim ini sekitar November tahun lepas.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram