Ads
Bintang RM333 Juta Semakin Hampir Ke Liverpool
Transfer
Real Sociedad de Futbol

Liverpool semakin hampir memuktamadkan perpindahan pertama mereka untuk musim 2024/25 iaitu pemain sayap Jepun, Takefusa Kubo.

Advertisements

Kehadiran pemain sayap Real Sociedad itu bakal menandakan permulaan era pengurus Belanda, Arne Slot selepas dipilih sebagai pengganti Jurgen Klopp.

Advertisements

Akhbar Jepun, Sponichi melaporkan rundingan antara kedua-dua pasukan berkenaan Kubo semakin hampir untuk dimuktamadkan. Seandainya perpindahan itu dimuktamadkan, The Reds perlu membayar yuran perpindahan sebanyak £55 juta (RM333 juta).

Advertisements
Advertisements

Perpindahan ini juga dijangka menguntungkan Real Madrid. Ini kerana kelab itu bakal menerima separuh daripada yuran perpindahan Kubo dengan nilai sebanyak €27 juta (RM137 juta).

Kubo dilihat sebagai pengganti jangka panjang untuk bintang Mesir, Mohamed Salah. Meskipun Salah kini memasuki tahun terakhir kontraknya bersama Liverpool, pengurusan kelab itu tiada rancangan untuk menjualnya.

Advertisements

Pemain sayap Mesir itu bukan satu-satunya bintang Liverpool yang memiliki baki kontrak setahun dengan kelab berkenaan. Kapten, Virgil van Dijk dan bek kanan England, Trent Alexander-Arnold juga berdepan situasi sama.

Sekiranya Kubo sah berpindah ke Anfield, beliau bakal menjadi pemain ketujuh Jepun yang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL). Beliau akan menyertai Wataru Endo, Kaoru Mitoma, Takehiro Tomiyasu, Daichi Kamada, Yukinari Sugawara dan Renato Takaoka.

Bekas pemain sayap Real Madrid itu dijangka tidak berdepan masalah menyesuaikan diri dengan The Reds. Ini kerana Endo dijangka membantu Kubo menyesuaikan diri di England.

Advertisements

Musim 2023/24 menyaksikan Kubo merekodkan 12 gol dalam 41 penampilan untuk La Real. Bisa pemain sayap Jepun itu membantu Sociedad meraih tempat keenam dalam La Liga dan layak ke saingan Liga Europa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram