Bintang Singapura Dalam Radar Dua Kelab Liga Super
Dunia
Lion City Sailors Football Club
Advertisements

Melihat keperluan memperkukuh slot bek tengah masing-masing, Terengganu dan Negeri Sembilan sedang mengintai bek tengah Singapura dan Lion City Sailors, Amirul Adli Azmi. Ini selepas kedua-dua pasukan kehilangan tonggak utama yang mengepalai pertahanan mereka musim ini.

Skuad Penyu melihat kehadiran Amirul Adli dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan Pape Diakite. Ini selepas pengurusan Terengganu mengambil keputusan untuk tidak mengekalkan khidmat bekas bek tengah Ho Chi Minh City itu. Manakala skuad Hoben Jang Hoben pula melihat Amirul Adli sebagai pengganti ideal Ahmad Khuzaimi Piee selepas bek tengah Harimau Malaya itu menerima tawaran Selangor.

Yang pasti, kedua-dua pasukan pastinya mengharapkan Amirul Adli mempamerkan prestasi baik dengan memanfaatkan pengalaman bersama pasukan kebangsaan Singapura dan Lion City Sailors. Dia membuat 42 penampilan bersama The Sailors dari 2021 hingga 2022. Selain The Sailors, dia juga pernah beraksi bersama Young Lions dan Tampines Rovers.

Advertisements

Antara pencapaian yang diraih Amirul Adli ialah Liga Perdana Singapura (2021) bersama Lion City Sailors dan Piala Singapura (2019) bersama The Stags. Tidak kira pasukan mana yang dipilih bek tengah Singapura itu, pengalamannya dijangka ditagih bagi menempuh cabaran Liga Malaysia musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram