Bintang Singapura Menjadi-Jadi Bersama Skuad Wanita Dortmund
UltraSukan
Danelle Tan
Advertisements

Bintang muda Singapura, Danelle Tan terus membuktikan ketajamannya sebagai penyerang skuad wanita Borussia Dortmund apabila membantu mereka membelasah Sportfreunde Summern 5-0.

Berdasarkan perkongsian wartawan sukan The Straits Times, Deepanraj Ganesan, pertahanan Summern dilihat bergelut mengawal kelincahan penyerang berusia 18 tahun itu.

Danelle bukan saja mencipta dua gol buat BVB Frauen. Malah, beliau turut mencipta satu bantuan gol kepada rakan sepasukannya dalam perlawanan tersebut.

Advertisements

Danelle kini sudah menjaringkan enam gol dalam tujuh perlawanan untuk skuad utama wanita Dortmund.

Penyerang Singapura itu menyertai kelab divisyen lima wanita Jerman itu sejak Jun lepas dengan kontrak setahun.

Skuad BVB Frauen dibentuk pada 2021 dan sejak itu telah meraih kenaikan divisyen untuk tempoh dua tahun berturut-turut.

Advertisements

Kemajuan yang ditunjukkan Danelle juga merupakan berita baik kepada pasukan bola sepak wanita Singapura. Ini kerana beliau mampu menambah ketajaman bahagian serangan pasukan itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram