Bekas jurulatih Persib Bandung, Bojan Hodak dilaporkan antara calon jurulatih baharu Harimau Malaya.
Ini berdasarkan khabar angin terbaru yang dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. Zulhelmi memaklumkan pengganti tetap Peter Cklamovski bakal diumumkan pada minggu hadapan.
Hodak disebut-sebut sebagai calon jurulatih baharu skuad kebangsaan selepas usaha membawa masuk Hajime Moriyasu gagal membuahkan hasil.
“Skuad Harimau Malaya dijangka umum jurulatih baharu minggu depan, Bojan Hodak dilihat jadi calon terbaik untuk bimbing skuad negara setelah hasrat menandatangani Hajime Moriyasu tampak tidak jadi kenyataan,” katanya di X.
Hodak bukan asing dengan arena bola sepak negara. Ini kerana beliau bukan saja pernah membimbing UPB-MyTeam, Kelantan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur City FC (KL City FC).

Malah, Hodak juga pernah membimbing skuad Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19) dari 2017 hingga 2019. Antara pencapaian terbaik pasukan itu ialah muncul juara Kejohanan B-19 ASEAN 2019.
Hodak ketika ini memikul tugas sebagai Penasihat Strategi Persib Bandung. Sebelum ini, beliau membimbing pasukan itu hampir tiga musim dan bergelar juara liga sebanyak tiga kali.

