Bojan Hodak Harap Stadium Penuh Di Final Piala AFC, Tiket Serendah RM30
Dunia
Populous
Advertisements

Ketua jurulatih KL City, Bojan Hodak merayu penyokong agar memenuhi Stadium Bukit Jalil bagi menyaksikan hari bersejarah perlawanan akhir melibatkan KL City menentang Al-Seeb.

“Saya berharap perlawanan ini kita akan memperoleh penonton penuh ke stadium dan memiliki lebih banyak penyokong berbanding perlawanan sebelum ini.

“Ini perlawanan yang istimewa. Sebahagian dari mereka (penyokong), ini adalah peluang sekali seumur hidup dan kami harap akan ada sokongan yang besar,” ujar Bojan Hodak di media sosial KL City.

Advertisements

Jualan tiket perlawanan akhir ini telah dijual sejak beberapa hari lalu dan hari ini merupakan hari terakhir untuk penyokong mendapatkan tiket pada harga RM30.

Bermula Khamis ini, tiket akan dinaikkan harga kepada RM40 dan RM50 pada hari perlawanan ini bakal dilangsungkan iaitu pada 22 Oktober (Sabtu).

Untuk mendapatkan tiket secara dalam talian, penyokong boleh membeli di TicketHotline dengan harga RM30 (Rabu), RM40 (Khamis – Jumaat) dan RM50 pada hari Sabtu.

Advertisements

Perlawanan akhir Piala AFC 2022 menemukan KL City dan Al-Seeb akan dilangsungkan jam 7.00 malam, 22 Oktober 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram