Bojan Hodak Tolak Tawaran Mewah Demi KL City
Dunia
klcityfootball
Advertisements

Ketua Pengarah Eksekutif KL City, Stanley Bernard mengesahkan bahawa Bojan Hodak akan terus kekal sebagai ketua jurulatih KL City bagi musim baharu nanti.

Menurut kenyataan Stanley di laman Instagram KL City, Bojan Hodak menjadi buruan banyak kelab gergasi Asia dan semestinya tawaran yang lumayan. 

Sebelum ini, jurulatih berusia 51 tahun itu menerima tawaran daripada kelab dari Liga Singapura, Lion City Sailor

Advertisements

“Sukacitanya saya maklumkan, Bojan Hodak akan terus kekal bersama kami untuk musim ke-3nya walaupun beliau menerima pelbagai tawaran dari seluruh pelusuk benua Asia. 

“Musim ke-3 Bojan ini selaras dengan sasaran kelab untuk mencapai ketekalan dan daya saing sepanjang masa,” menurut kenyataan Stanley di Instagram KL City. 

Oleh itu, ini merupakan musim ke-3 Bojan bersama KL City selepas dilantik sebagai jurulatih pada tahun 2021.

Advertisements

Dua musim mengendali KL City, pelbagai magis yang dibuat oleh Bojan Hodak antaranya membawa  KL City layak ke pusingan akhir Piala AFC dan juga mencipta sejarah kelab dengan memenangi Piala Malaysia 2021.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram