Mutu Bola Sepak Kita Meningkat Tetapi Negara Jiran Lebih Pantas Bertindak
Dunia
FAM
Advertisements

Bekas pemain pertahanan pasukan kebangsaan, Daudsu Jamaludin baru-baru ini telah menjelaskan pandangan peribadinya mengenai situasi semasa bola sepak negara.

Beliau dalam satu sesi live di Tiktok rasminya menjelaskan, secara hakikatnya kualiti dan mutu bola sepak negara kian meningkat.

Daudsu turut menegaskan, sungguhpun kedudukan bola sepak di Malaysia seakan statik di mata para penyokong, namun hakikatnya tidaklah seperti itu.

Advertisements

’Kalau kita lihat keadaan dan kualiti bola sepak di Malaysia ni sebenarnya semakin baik.’

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa proses pembangunan bola sepak di negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan juga Thailand berlangsung dengan begitu pesat yang menyebabkan pembangunan bola sepak negara seakan terkebelakang.

’Tapi kita tak boleh nak buat apa sebab bola sepak negara jiran kita lebih pantas,’ -Jelasnya dalam satu sesi live di Tiktok.

Advertisements

Hal ini secara amnya boleh dilihat menerusi pencapaian semasa pasukan kebangsaan selepas kali terakhir ditundukkan oleh musuh tradisi, Indonesia di peringkat kumpulan.

Kekecewaan itu lebih parah apabila Harimau Malaya ditunjukkan jalan keluar seawal peringkat kumpulan dalam kejohanan tersebut.

Mengulas lanjut, pemuda berusia 37 tahun ini turut menceritakan berkaitan dengan pembangunan bakat-bakat muda di negara sambil menekankan para pemain muda haruslah memiliki disiplin dan komitmen yang baik untuk terus maju ke hadapan.

Advertisements

Beliau turut merasakan bahawa kedudukan pemain muda yang masih lagi di bawah selain perjalanan yang masih panjang dalam dunia bola sepak masih tidak dapat menjamin apa-apa.

Daudsu yang kini sudah pun bersara sepenuhnya dari dunia bola sepak sedang bergiat aktif dalam dunia sukan (e-sport) selain memajukan bisnes peribadinya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram