Asia
Advertisements

Bola sepak Asia semakin kompetitif sejak Korea Selatan berjaya mara ke separuh akhir di Piala Dunia 2002. Liga bola sepak di Korea dan Jepun mula mendapat liputan meluas dan penyokong mula membanjiri stadium.

Namun tidak tahu mana silapnya, liga utama di Korea Selatan, K League 1 semakin suram tanpa penonton.

Seperti yang dilaporkan Asia Times, 10 tahun lepas K-League menerima kehadiran purata sebanyak 11,000 penonton namun untuk musim 2018, hanya 5000 penyokong hadir.

Advertisements
15799527774 a784c3af93 b Bola Sepak Korea Semakin Hilang Seri
Nearly empty stadium watching Daejeon v Jeju, K-League – Apr 2012 / Foto AlongTimeAgo at Flickr

“Sebagai pemain, ianya menjanggalkan untuk bermain dihadapan hanya beberapa ribu penonton dan kadang kala hanya beratus untuk stadium yang berkapasiti 40,000 – 50,000.” Jelas Dejan Damjanovic, penyerang import sensasi di K-League.

“Selain semasa kami menjadi penganjur Piala Dunia, K-League tidak pernah menjadi sukan utama dalam pasaran Korea.” Jelas Seo Hyung-wook, pundit bola sepak di TV MBC.

Pemandangan biasa (kerusi kosong) di K-League / Foto TaegukWarriors.com

Pihak K-League dan kelab telah melakukan pelbagai cara untuk menarik penyokong hadir ke stadium namun gagal.

Advertisements

“Masalah untuk penyokong yang fanatik pula, apabila mereka hadir untuk beberapa perlawanan namun kehadiran penyokong sedikit di stadium yang besar, mereka tidak mahu hadir lagi selepas itu.”

“Sekiranya perlawanan tersebut perlawanan besar maka ianya ok, tetapi kebanyakan perlawanan tidak mempunyai sebarang keistimewaan.” Jelas salah seorang peminat bola sepak, Kim Myung-min.

Kim juga menyatakan corak permainan kelab di K-League semakin membosankan dengan taktikal yang hampir sama untuk semua pasukan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram