Ads
Dunia
zpor/slfa

Sierra Leone Football Association (SLFA) telah menjalankan siasatan terhadap dua kelab yang beraksi di Liga Afrika Barat itu yang mencatatkan keputusan penuh perlawanan 91-1 dan 95-0.

Advertisements

Difahamkan, pegawai serta pemain yang terlibat dalam dua perlawanan tersebut kini masih dalam siasatan.

Advertisements

Pemain dan pegawai yang terlibat adalah daripada kelab Gulf FC yang menewaskan Koquimaa Lebanon (91-1) manakala Lumbenbu United ditewaskan Kahunla Rangers (0-95).

Advertisements

Advertisements

Ianya nampak seolah-olah diatur apabila dua perlawanan tersebut pada aksi separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 7-1 dan 2-0.

Tegas SLFA, tindakan tegas akan diambil tanpa sebarang kompromi jika terdapat kegiatan rasuah atau seiring denganya.

Advertisements

“Orang ramai tidak perlu khawatir kerana siasatan menyeluruh akan dibuat dan sesiapa yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan undang-undang,” menurut SLFA dipetik daripada Reuters.

Advertisements

Keputusan ini dianggap meragukan namun jika ia benar keputusan tersebut akan mencipta sejarah antara catatan tertinggi jumlah gol dalam sejarah bola sepak dunia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram