Advertisements
Borussia Dortmund Dilaporkan Bakal Bertemu JDT Di Stadium Sultan Ibrahim
Dunia
MakanBola
JST

Gergasi Bundesliga, Borussia Dortmund dilaporkan bakal bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor untuk satu perlawanan persahabatan November ini.

Menerusi satu ciapan Twitter Juan Budiman, beliau mencadangkan penyokong menyimpan duit untuk perlawanan ‘JDT vs BVB’ dan turut menyatakan tarikh perlawanan ini akan berlangsung.

Beliau turut membuat ciapan sebelumnya bertanyakan harga yang sanggup dibayar penyokong untuk menyaksikan perlawanan ini.

Sebagai rekod, JDT mempunyai hubungan baik bersama beberapa kelab Eropah termasuk Borussia Dortmund yang sebelum ini pernah bertandang ke Stadium Larkin pada tahun 2015.

Selain itu, JDT juga pernah menghantar pemainnya berlatih bersama kelab berkenaan pada tahun yang sama.

Menerusi tinjauan yang dilakukan di media sosial, rata-rata penyokong JDT begitu teruja dengan khabar angin ini dan sudah tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan ‘Gred A’ seperti ini di Stadium Sultan Ibrahim.

Related Articles