Bosan Di PSG, Neymar Mahu Tolong Kelesuan Serangan Liverpool
EPL
LiveScore
Advertisements

Musim panas 2023 dijangka dihangatkan dengan perpindahan penyerang utama PSG, Neymar. Ini selepas beberapa kelab EPL termasuk Liverpool dikaitkan dengan perpindahan tersebut.

Penyerang Brazil itu telah melakar banyak pencapaian domestik bersama Les Parisiens selepas berpindah dari Barcelona pada 2017. Namun begitu, kedudukannya dalam bilik persalinan sudah mula goyah terutama selepas bertelagah dengan beberapa pemain termasuk Kylian Mbappe.

Disebabkan hal ini, PSG dilihat mula terbuka dengan idea menjual Neymar pada musim panas ini bagi memastikan keharmonian pasukan terpelihara.

Advertisements

Menurut 90min, ejen pemain tersebut sudah mula mengadakan perbincangan dengan Liverpool, Manchester United, Chelsea, Newcastle United dan Manchester City. Kelab-kelab diberitahu tentang minatnya berpindah ke EPL dan potensi Neymar boleh didapatkan pada musim panas ini.

Neymar sebelum ini pernah dikaitkan dengan perpindahan ke EPL semasa bersama Barcelona. Bagaimanapun, minat terhadap perpindahan tersebut kembali timbul selepas Chelsea diambil alih oleh jutawan Amerika Syarikat, Todd Boehly pada musim panas lepas.

Malah, beberapa wartawan melaporkan sudah ada perbincangan rahsia antara Blues dan PSG berkenaan perpindahan ini. Bagaimanapun, selepas Les Parisiens gagal mendapatkan Hakim Ziyech secara pinjaman, hubungan kedua-dua kelab kini renggang.

Advertisements

Ini membuka jalan kepada Liverpool untuk mendapatkan Neymar. Bekas penyerang Santos itu boleh menjadi pengganti jangka pendek kepada Roberto Firmino sekiranya Reds gagal mengikat bekas penyerang Hoffenheim itu dengan kontrak baru.

Selain itu, Neymar juga dapat membantu meningkatkan tarikan kelab dari segi komersial termasuk penajaan jenama-jenama terkemuka. Dengan Liverpool turut dibantu bintang bola keranjang merangkap pemegang saham minoriti FSG, LeBron James dalam aspek sama, kombinasi ini mampu menjadikan jenama kelab lebih unggul berbanding kelab-kelab lain termasuk United.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram