Brad Maloney Buka Peluang Kedua Buat Fahmi Daniel
Dunia
Instagram @f19d_
Advertisements

Pengendali skuad bawah B-23, Brad Maloney menyenaraikan semula Fahmi Daniel selepas mendapat ujian berikutan positif Covid-19 yang menghalang beliau untuk beraksi dalam saingan Piala AFF B-23.

Zikri Khalili yang kini telah disahkan mengalami kecerderaan lutut membuatkan beliau terpaksa direhatkan sekaligus digantikan posisinya oleh Fahmi di barisan pertahanan pasukan.

Dalam pada itu, Maloney juga berhasrat memberi Zikri beraksi dan memulakan latihan bersama skuad, namun nasib tidak menyebelahi beliau kerana kecederaannya itu tidak dapat pulih dalam jangka masa pendek untuk kembali beraksi.

Advertisements

“Zikri mengalami kecedaraan berkenaan selepas menjalani beberapa siri perlawanan persahabatan bersama Selangor FC.”

“Saya mahu memberikan dia sebanyak mungkin peluang untuk pulih dan memulakan latihan bersama pasukan semula, namun kecederaannya itu tidak dapat pulih dalam jangka masa pendek.”

Advertisements

“Justeru, kami menyenaraikan semula Fahmi yang masih menjalani kuarantin di hotel isolasi bagi menggantikan kekosongan pemain di dalam pasukan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut prosedur operasi standard (SOP) terbaharu yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bolasepak Asean (AFF), Fahmi serta Shafi perlu menjalani sesi kuarantin selama lima hari sebelum kedua-dua pemain itu dibenarkan kembali bersama pasukan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram