Brad Maloney Dedah Skuad Negara Sebenarnya Sangat Menantikan Cabaran Indonesia
Dunia
FAM Official
Advertisements

Walaupun juara bertahan Piala AFF B-23, Indonesia menarik diri dari kejohanan ini namun pengendali skuad Malaysia B-23, Brad Maloney menganggap ianya bukan satu laluan mudah buat pasukan negara.

Dua lagi lawan Malaysia di Kumpulan B iaitu Laos dan Myanmar pastinya bakal menjadi lawan yang sulit untuk ditewaskan. Maloney menganggap kedua-dua pasukan ini bakal menghadirkan tentangan sengit buat Malaysia.

Ketiadaan pasukan Indonesia di kejohanan ini juga dianggap satu kerugian besar buat Maloney dan skuad negara kerana pasukan negara sememangnya menantikan perlawanan dengan seteru serumpun itu.

Advertisements

“Sayangnya Indonesia terpaksa menarik diri selepas mereka memiliki ramai pemain muda yang baik dan sebagai salah satu pasukan pilihan. Kita memang menantikan cabaran daripada mereka.

“Tetapi melihat lebih jauh daripada itu, ia (penarikan diri Indonesia) tidak menjadikan perkara lebih mudah kerana kita masih perlu menentang Laos dan Myanmar.

Advertisements

“Secara jujurnya, kita juga perlu berhati hati dengan dua pasukan ini yang sudah pasti akan memberikan tentangan sengit dan masing masing memburu keputusan yang terbaik,” katanya kepada Arena Metro.

Dengan penarikan diri Indonesia, skuad negara hanya perlu menghadapi 2 perlawanan kumpulan dan mereka kini menjadi pilihan utama untuk ke pusingan seterusnya.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram