Brad Maloney Ikrar Akan Cuba Sehabis Baik Untuk Lepasi Peringkat Kumpulan
Dunia
FAM Official
Advertisements

Ketua jurulatih skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Brad Maloney akui tiga negara yang bakal ditentang dalam Piala Asia B-23 di Uzbekistan merupakan lawan yang sukar. Namun begitu, tiada apa yang mustahil dan Maloney berjanji akan cuba sehabis baik bawa pasukan negara melepasi peringkat kumpulan.

“Thailand, Vietnam dan Korea Selatan, mereka semua pasukan yang baik di benua Asia. Kita tahu kemampuan Thailand dan Vietnam, di mana mereka sudah buktikannya di Sukan Sea baru-baru ini, jadi kita jangkakan situasi sama di sana nanti.

“Bagi Korea Selatan pula, mereka adalah gergasi bola sepak Asia, jadi kita tak boleh ambil mudah apabila menentang pasukan seperti itu. Sudah tentu kita mahu melepasi peringkat kumpulan dan kita akan menganalisis lawan, dan ia bukan mudah tapi kita mahu cuba melepasi halangan itu,” katanya kepada Arena Metro.

Advertisements

Walaupun gagal membawa pulang sebarang pingat di Sukan Sea Vietnam, namun para peminat bola sepak tanah air melihat banyak perkara positif dari temasya terbesar Asia Tenggara itu. Persefahaman antara pemain juga dilihat semakin jitu dari hari ke hari.

Untuk Piala Asia B-23 di Uzbekistan, pasukan negara diletakkan bersama juara bertahan, Korea Selatan dan dua gergasi Asia Tenggara iaitu Thailand dan Vietnam dalam Kumpulan C untuk kempen kali ini. Kejohanan tersebut dijadualkan berlangsung dari 1-19 Jun ini

Ini merupakan penampilan kedua skuad B-23 bertanding di Piala Asia dengan pencapaian paling membanggakan sudah tentunya pada kempen 2018 lalu.

Advertisements

Pada ketika itu, skuad negara dikendalikan oleh jurulatih yang kini membimbing Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee. Mereka berjaya mara hingga ke suku akhir sebelum ditunjukkan jalan keluar oleh Korea Selatan apabila mengalami kekalahan tipis 1-2.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram