Brad Maloney Kagum Dengan Taktikal Vietnam
Dunia
Team Malaysia
Advertisements

Skuad bawah 23 tahun Malaysia berpindah dari Nam Dinh ke Phu Tho pada petang 17 Mei lalu sebagai persediaan menghadapi perlawanan separuh akhir Sukan Sea menentang tuan rumah, Vietnam.

Bercakap kepada akhbar Vietnam semasa menginap di Hotel Muong Thanh, Brad Maloney jelas teruja dengan corak permainan ditampilkan Vietnam.

“Saya suka menyaksi skuad bawah 23 tahun Vietnam bermain. Mereka adalah pasukan yang kuat dengan pemain berpengalaman. Kita mesti memberi perhatian kepada perkara ini apabila menghampiri separuh akhir. Malaysia sentiasa menghormati skuad ini (Vietnam).

Advertisements

“Saya juga menghormati Jurulatih Park Hang-seo. Beliau telah mencapai pencapaian yang luar biasa dengan Vietnam. Beliau telah mengubah cara bermain untuk membantu pemain Vietnam bermain dengan lebih baik dan mencapai lebih banyak kejayaan.

“Pada masa ini, pemain Malaysia semuanya sangat sihat dan bersedia untuk separuh akhir. Kami mempunyai beberapa kes kecederaan ringan tetapi itu perkara biasa dalam bola sepak. Malaysia telah mengalami perlawanan sengit di peringkat kumpulan dan pasukan ini bersemangat tinggi apabila sampai ke separuh akhir,” katanya kepada wartawan seperti dilaporkan Sport5 Vietnam.

Malaysia bakal bertemu Vietnam dalam aksi separuh akhir Sukan Sea 2021 pada Khamis, 19 Mei 2022 jam 8.00 malam waktu Malaysia di Stadium Viet Tri.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram