Brad Maloney Lebih Gemar Menggunakan Pemain Muda
Dunia
FAM Official
Advertisements

Ketua jurulatih skuad Sukan Sea 2022, Brad Maloney menjelaskan bahawa beliau lebih gemar menggunakan pemain muda berbanding pemain senior untuk menghadapi Kejohanan Piala AFC B-23 di Uzbekistan, Jun depan.

Beliau melihat pemain muda ini mampu memikul tanggungjawab ke atas komitmen untuk kelab masing-masing. Namun, dalam saingan tersebut juga tidak membenarkan pemain senior untuk beraksi.

“Kalau saya mempunyai pemain muda yang mampu menggalas peranan, maka saya tidak akan memanggil pemain senior atas komitmen mereka bersama kelab masing-masing.”

Advertisements

“Bukan keutamaan untuk membawa pemain lebih umur selain sebagai persiapan kami untuk menghadapi Kejohanan Piala AFC B-23 di Uzbekistan, Jun depan, yang tidak membenarkan pemain senior,” ujarnya.

Sebelum ini, beliau pernah menyatakan akan membuka secara meluas lagi pencarian bakat-bakat muda untuk diuji sebelum diserap dalam skuad negara bagi mengharungi kejohanan Piala Asia B-23 Jun ini.

“Kami memanggil 50 pemain dalam senarai awal kemudian memilih kelompok 30-35 pemain pula sebelum mengecilkannya kepada 25 pemain seterusnya membuat pengumuman senarai akhir.”

Advertisements

“Saya telah berbincang dengan jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon, dan adalah normal saya memberi keutamaan kepada skuad kebangsaan,” katanya kepada Stadium Astro.

Dalam pada itu, Brad Maloney tetap yakin dengan anak buahnya mampu melakar keputusan yang positif buat negara.

Anak buah Maloney bakal menghadapi jadual padat apabila mengharungi Sukan Sea di Hanoi,12 hingga 23 Mei ini, Piala Asia B-23 di Uzbekistan,1-19 Jun dan Sukan Asia pada 10–25 September.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram