Brad Maloney Tak Menyesal Lepaskan Jawatan
Dunia
FAM Official
Advertisements

Menjalani karier kejurulatihan selama lapan tahun di Malaysia bukanlah satu tempoh yang singkat buat bekas pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara, Brad Maloney. Pelbagai kejayaan yang diraih yang pastinya akan diingati.

Maloney menyifatkan pencapaian yang diraih skuad Bawah 19 tahun (B-19) dan B-23 kendaliannya akan menjadi kenangan manis sepanjang menjadi jurulatih di Malaysia.

“Pasukan pertama dari Malaysia yang layak ke Piala Asia B-19 dengan memenangi semua perlawanan dan mengungguli kumpulan.

Advertisements

“Pasukan B-23 negara yang pertama layak ke Piala Asia B-23 dengan menggungguli kumpulan tanpa sebarang kekalahan dan tidak dibolosi satu gol.

“Ini adalah kenangan manis saya bersama pasukan yang pernah dikendalikan di sini,” katanya kepada BH Sukan.

Maloney juga mengesahkan akan berehat seketika sebelum merancang perjalanan kejurulatihan beliau yang seterusnya.

Advertisements

Pengendali berusia 50 tahun dari Australia itu memulakan karier kejurulatihan di Malaysia bermula sebagai penolong jurulatih skuad B-23 kepada Datuk Ong Kim Swee sebelum beliau dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Bawah 19 tahun (B-19) negara.

Beliau meneruskan dinaikkan pangkat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menjadi ketua jurulatih skuad B-23 negara.

Pada 13 Julai lepas, Maloney melepaskan jawatan melalui satu persetujuan bersama dengan pihak FAM. Ianya dicapai selepas Maloney hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram