Ads
Dunia
Bernama

Pengendali skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Brad Maloney menyatakan hasrat beliau untuk membentuk setiap pemain mengikut tahapnya sendiri. Namun, perkara ini beliau akui terlalu awal untuk mengetengahkannya.

Advertisements

Beliau menjelaskan masing-masing mempunyai peluang sama rata untuk diuji dalam skuad utama menjelang aksi pertama menentang Korea Selatan dalam Piala Asia B-23 di Stadium Lokomotiv, Tashkent di Uzbekistan, Khamis ini.

Advertisements

Dalam pada itu, Maloney turut akui sukar untuk membuat pemilihan kerana kesemua pemain mempamerkan aksi yang cemerlang dalam setiap perlawanan sebelum ini.

Advertisements

Advertisements

“Setiap pemain berpeluang dan kedua-dua pemain ini adalah pemain utama dan sangat bagus. Mereka juga tersedia untuk pemilihan.”

“Kami akan mengambil setiap perlawanan mengikut meritnya sendiri, supaya perlahan-lahan membentuk apa yang kita panggil kesebelasan utama tetapi buat masa ini agak awal untuk mengatakannya,” katanya Harian Metro.

Advertisements

Untuk rekod, pencapaian terbaik skuad kebangsaan dalam perlawanan tersebut adalah pada tahun 2018 di China apabila Malaysia berjaya melepasi peringkat kumpulan sebelum tewas di suku akhir.

Advertisements

Pasukan negara yang dikendalikan Datuk Ong Kim Swee sewaktu itu, tewas 1-2 di tangan Korea Selatan, di mana Maloney juga ketika itu bertindak selaku penolong jurulatih negara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram