Brad Maloney: Piala AFF B-23 Adalah Satu Proses Pembelajaran Dan Pendedahan
Dunia
goal.com
Advertisements

Kekalahan mengejut pasukan bola sepak bawah 23 tahun negara kepada Laos tempoh hari ternyata memberikan pelbagai reaksi daripada pencinta sukan nombor satu negara itu.

Namun kekalahan itu perlu dipadam segera kerana skuad negara sekali lagi akan menentang lawan yang sama esok untuk mencerahkan peluang ke separuh akhir.

Pengendali skuad B-23 negara, Brad Maloney berkata beliau akan membuat banyak perubahan dalam skuad yang akan diturunkan esok demi memberikan pendedahan kepada pemain-pemain muda ini.

Advertisements

Beliau dijangka menukar 4 hingga 5 pemain dalam skuad utama demi mencapai kemenangan pada aksi terakhir kumpulan B esok.

“Rombakan ini diharap dapat merealisasikan objektif sebenar skuad B-23 negara dengan memberikan pendedahan kepada seramai mungkin pemain.

“Secara keseluruhannya, kami perlu teruskan dengan matlamat asal iaitu memberikan pendedahan kepada seberapa ramai pemain untuk beraksi.

Advertisements

“Kami mahu menjadikan Kejuaraan AFF kali ini sebagai proses pembelajaran buat pemain, selain membantu membina keyakinan diri mereka,” katanya kepada Sukan Sinar.

Skuad negara wajib menang kerana hanya juara kumpulan B akan layak separuh akhir. Ini kerana Myanmar dan Indonesia menarik diri dari kejohanan kerana beberapa pemain mereka dijangkiti virus covid-19.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram