Brad Maloney Yakin Temui Ramuan Sebenar Pada Sukan Sea

Brad Maloney 4 Brad Maloney Yakin Temui Ramuan Sebenar Pada Sukan Sea
Team Malaysia
Ikuti Telegram MakanBola (3712)

Pengendali skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Brad Maloney percaya temui ramuan yang sebenar pada Sukan Sea Vietnam buat pasukan kebangsaan dan mampu memberi saingan yang sengit kepada pihak lawan.

Beliau menjelaskan akan membuka secara meluas lagi pencarian bakat-bakat muda untuk diuji sebelum diserap dalam skuad negara bagi mengharungi kejohanan Piala Asia B-23 Jun ini.

“Kita perluaskan lagi pencarian pemain muda dengan melihat kira-kira 50 individu berkelayakan untuk diuji sebelum diserap dalam pasukan.

“Berdasarkan peraturan pertandingan, kita hanya boleh menyenaraikan 20 pemain saja sekali gus hanya layak saja akan dibawa kelak,” katanya.

Dalam pada itu, Brad Maloney tetap yakin dengan anak buahnya mampu melakar keputusan yang positif buat negara.

“Namun, kami tetap optimis mampu mencipta keputusan positif dengan dibarisi pemain terbaik sekali gus mampu memberi tentangan sengit,” katanya kepada Harian Metro.

Anak buah Maloney bakal menghadapi jadual padat apabila mengharungi Sukan Sea di Hanoi,12 hingga 23 Mei ini, Piala Asia B-23 di Uzbekistan,1-19 Jun dan Sukan Asia pada 10–25 September.