Brendan Gan Beri Sokongan Moral Kepada Louis Van Gaal Yang Menghidap Kanser

gettyimages/michaelregan/brendangan
Alif Syazani
@SyazaniAlif
8:54pm 05/04/2022

Pemain tengah Selangor, Brendan Gan memberi sokongan moral kepada jurulatih terbaik dunia iaitu Louis Van Gaal yang baru sahaja disahkan menghidap penyakit kanser ‘prostate‘.

Brendan Gan yang kini sedang dalam fasa pemulihan faham apa yang dihadapi oleh bekas jurulatih Manchester United itu.

Walaupun begitu, jurulatih berusia 70 tahun itu tetap meneruskan perancangan buat skuad kebangsaan Belanda bagi menghadapi kejohanan Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung hujung tahun ini.

Kesungguhan seseorang atlet untuk terus melawan kanser yang dihadapi perlu diberi pujian dan semangat kerana mereka adalah wira negara yang tidak didendang.