“Brendan Gan Is Back”
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Kapten pasukan Selangor FC, Brendan Gan akhirnya kembali beraksi dalam aksi Liga Super yang membabitkan pertembungan antara pasukan Selangor dan Sarawak United. 

Satu momen indah buat arena bola sepak tempatan apabila melihat general tengah berbakat ini kembali beraksi. Sekembalinya Brendan hari ini, beliau berjaya menjaringkan gol buat Selangor FC. 

Pada minit ketujuh permainan, pemain yang berusia 34 tahun itu melakukan satu half volley ke gawang lawan. Ledakan kencang itu sekaligus menewaskan penjaga gol Sarawak United, Sharbinee Allawee. 

Advertisements

Tahun lepas merupakan tahun yang sukar buat tonggak tengah pasukan Selangor FC itu selepas beliau disahkan menghidap kanser testis. Beliau terpaksa berehat dan terpaksa disisihkan kelab serta pasukan kebangsaan selama beberapa bulan.

Hari ini beliau telah kembali, menemui rentak dan beraksi dengan penuh jiwa buat pasukan Selangor FC. Kemunculan yang cukup indah buat Brendan Gan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram