Brendan Gan: Keharmonian Akan Jadi Senjata Harimau Malaya Julang King’s Cup
Dunia
Azri / MakanBola
Advertisements

Pemain tengah Harimau Malaya, Brendan Gan menyatakan bahawa beliau sudah tidak sabar untuk beraksi menentang Tajikistan di pentas akhir kejohanan King’s Cup 2022. 

Beliau menjangkakan sebuah persembahan mantap bakal diberikan oleh setiap pemain. Para pemain berada dalam keadaan terbaik dan sudah bersedia melunaskan misi menjulang King’s Cup.  

“Tidak kira siapa pun yang bermain, semua pemain sudah bersedia dan mempersiapkan diri dalam keadaan terbaik.” 

Advertisements

Ditanya berkenaan ketiadaan Azam di bahagian tengah, Brendan yakin dengan keupayaan pemain-pemain lain yang bakal mengisi tempat tersebut. Tambah Brendan, beliau tidak kisah diberi tanggungjawab untuk digandingkan dengan mana-mana pemain.

“Soal digandingkan bersama siapa di perlawanan akhir nanti, saya tak kisah kerana setiap pemain yang hadir ke sini ada kelebihan dan kekuatan tersendiri.”

Pemain kacukan Malaysia/Australia ini juga memuji keharmonian yang berjaya diterapkan dalam kem kebangsaan kali ini. Menurutnya, keserasian antara pemain sudah mula terbentuk dalam sesi latihan yang dijalankan. 

Advertisements

“Saya merasakan keserasian antara pemain tidak menjadi satu masalah yang besar. Kami bersama sentiasa di dalam dan luar padang. Ketika berlatih kami bertukar-tukar pasukan, tukar bio dan suasana dalam kem ketika ini cukup harmoni,” ujar Brendan pada sidang media perlawanan antara Malaysia dan Tajikistan.

Malaysia bakal berentap pada Ahad jam 9.30 malam di Stadium Chiang Mai, Thailand dalam misi menjulang Piala Raja atau lebih dikenali sebagai King’s Cup.  

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram