Brendan Gan & Paulo Josue Teruja Beraksi Di Terengganu Jun Ini
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Dua bintang utama Harimau Malaya, Brendan Gan dan juga Paulo Josue menyatakan keterujaan untuk membuat kemunculan di Terengganu Jun ini.

Perkara ini susulan kenyataan yang dibuat oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mahu melihat aksi skuad kebangsaan berlangsung di Pantai Timur.

“Pasukan kita akan beraksi di Kuala Terengganu bagu memberi peluang kepada peminat di Pantai Timur iaitu Terengganu dan Kelantan menyaksikan perlawanan dan pemain secara dekat.”

Advertisements

Perkara ini turut mendapat respon yang positif daripada tunjang utama di bahagian tengah negara iaitu Brendan Gan.

Katanya, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin memiliki ciri dan fasiliti yang baik terutamanya keadaan padang yang berkualiti tinggi.

Advertisements

“Terengganu memiliki gelanggang yang cukup baik. Namun siapa yang bakal dipanggil beraksi, mereka perlu menampilkan persembahan terbaik dan mendapatkan keputusan positif,” kata Brendan.

Ia juga mendapat reaksi baik daripada kapten pasukan KL City, Paulo Josue yang turut teruja sekiranya diberikan peluang beraksi di Terengganu.

Advertisements

“Saya merasakan ia perkara yang menarik. Ini memberikan penyokong di Terengganu peluang untuk turun ke stadium menyokong skuad kebangsaan.”

“Mereka berpeluang merasai pengalaman menyaksikan aksi skuad kebangsaan di sana dan berharap keputusan positif diperoleh di sana,” kata Josue kepada Astro Arena.

Advertisements

Skuad Harimau Malaya melonjak ke ranking 138 dunia pada awal bulan ini dijadualkan bertemu Kepulauan Solomon yang menghuni ranking ke-134 dunia pada 15 Jun, diikuti aksi menentang Yaman (ke-157) pada 20 Jun kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram