Brendan Gan Yakin Pan-gon Mampu Bawa Falsafah Baharu Dalam Harimau Malaya
Dunia
FAM-NSTP
Advertisements

Pemain tengah Selangor FC, Brendan Gan dilihat amat teruja dengan pelantikan pengendali Harimau Malaya yang baharu, Kim Pan-gon.

Pemain kacukan Malaysia/Australia itu menganggap kehadiran Pan-gon sebagai satu perkara yang positif buat skuad kebangsaan. Menurut Brendan, ketua jurulatih dari Korea itu bakal membawa dimensi baru dalam pasukan.

“Mengenai kehadiran Pan-gon, saya pasti dia akan menerapkan falsafah serta budaya bola sepak baharu dalam skuad kebangsaan dan pemain yang bakal dipilih nanti perlu menyesuaikan diri secepat mungkin.”

Advertisements

Menurut Brendan sebagai seorang pemain yang berpengalaman beliau telah bertemu dengan banyak jurulatih. Ujar Brendan, bukanlah perkara yang mudah untuk jurulatih baru sesuaikan diri dengan cepat dalam sesebuah pasukan.

“Saya telah mengharungi karier panjang dengan dibimbing oleh pelbagai latar belakang jurulatih dan percaya ia bukanlah tugas yang mudah untuk sesuaikan diri dengan taktikal yang baharu,” katanya ketika ditemui Kosmo baru-baru ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai keinginannya untuk kembali menyarung jersi kebangsaan, Brendan menyatakan bahawa beliau masih mampu untuk bersaing di peringkat tertinggi. Bagaimanapun fokus utama beliau ketika ini adalah bersama Selangor.

Advertisements

“Secara peribadi, saya masih mampu untuk bersaing di pe­ringkat tertinggi dan perlu kekal positif serta fokus bersama Se­langor FC kerana itulah yang mustahak ketika ini.

 “Saya rasa tidak perlu yakinkan keupayaan yang ada pada sesiapa kerana cukup kuat ketika ini secara mental dan fizikal dan jika perlu berbuat demikian, saya hanya perlu buktikan kepada diri sendiri.

Untuk rekod, kali terakhir Brendan mewakili skuad kebangsaan adalah ketika aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jun tahun lepas.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram