Bruno ‘Belanja’ De Jong Erti Penyesalan Sebenar
Hiburan
ESPN FC
Advertisements

Bintang Manchester United, Bruno Fernandes dirakam seolah-olah melepaskan geram terhadap pemain yang pernah dikaitkan ke Old Trafford, Frankie De Jong dalam aksi timbal balik Liga Europa di Old Trafford.

Dalam perlawanan tersebut, Manchester United berjaya menewaskan Barcelona 2-1 (4-3 secara agregat) menerusi jaringan Fred dan Antony.

Dalam satu babak pada minit ke-58, Bruno Fernandes menimbulkan kekecohan kecil selepas menyepak kuat bola mengenai perut De Jong yang terjatuh berhampiran kotak penalti Barcelona.

Advertisements

Aksi tersebut dinilai oleh penyokong Manchester United sebagai ‘erti penyesalan’ sebenar selepas De Jong sebelum ini pernah menolak menyertai United selepas menerima lamaran Erik ten Hag musim lepas.

Teman wanita De Jong juga sebelum ini pernah memerli Manchester United yang beraksi di Liga Europa bahawa De Jong akhirnya bakal ke Old Trafford selepas Barcelona diundi bertemu Man Utd untuk aksi 16 terbaik.

Undian untuk perlawanan 16 terbaik bakal di adakan sebentar lagi manakala untuk perlawanan suku akhir Liga Europa 2022/23 akan diadakan pada 17 Mac 2023 di Nyon, Switzerland.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram