Europa: De Jong Terdiam, Man Utd Mara Tewaskan Barcelona
Eropah
Barcelona
Advertisements

Manchester United meneruskan rentak kecemerlangannya selepas berjaya menewaskan Barcelona dalam aksi timbal balik untuk mara ke perlawanan 16 terakhir Liga Europa.

Satu jaringan dari Fred dan Antony memastikan kemenangan mutlak United 4-3 secara agregat menewaskan Barcelona di Old Trafford.

Barcelona bermula baik menerusi jaringan awal penalti Robert Lewanrowski pada minit ke-18.

Advertisements

Bersambung babak ke-2, Fred menyamakan kedudukan pada minit ke-47 sekaligus memberikan tekanan buat pasukan pelawat.

Antony menjadi wira buat Manchester United selepas berjaya menjaringkan gol cantik pada minit ke-73 sekaligus menjadi titik tolak kemenangan United terhadap Barcelona yang dilihat mula tertekan dan keletihan.

Selain Man Utd, pasukan dari Sepanyol, Sevilla turut mara ke pusingan seterusnya selepas berjaya menewaskan PSV 3-2 secara agregat.

Advertisements

Undian untuk perlawanan 16 terbaik bakal di adakan sebentar lagi manakala untuk perlawanan suku akhir Liga Europa 2022/23 akan diadakan pada 17 Mac 2023 di Nyon, Switzerland.

Manchester United bakal berhadapan Newcastle 27 Februari ini dalam aksi final Piala EFL di Stadium Wembley, London.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram