Advertising
Budiman FC Digugurkan Dari Kejohanan Arena Champion League
MakanBola
MakanBola TV

Kelab Budiman FC digugurkan daripada saingan Arena Champion League 2024.

Keputusan ini dinyatakan penganjur menerusi satu kenyataan media. Tindakan ini diambil selepas pelbagai insiden ganas dan pelanggaran tatatertib kelab itu sepanjang menyertai kejohanan.

Ad

Situasi ini mencetuskan kemarahan orang ramai dan mengundang kecaman terutama di media sosial. Berikut beberapa kes yang membawa kepada tindakan pengguguran oleh penganjur.

Ad

1- Kecederaan fizikal pihak lawan dalam aksi peringkat kumpulan

Pemain Budiman, Mohd Shahrul Ramli dikenakan penggantungan dua perlawanan selepas menerjah pemain Fusion City 2 FC, Mohamad Azirul Abdullah sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian dada.

Ad

Insiden itu berlaku pada perlawanan peringkat kumpulan pada 19 November 2024 lalu. Insiden tersebut mendapat kecaman orang ramai kerana tiada semangat kesukanan.

Ad

2- Perlakuan ganas dalam aksi separuh akhir

Ad

Pemain Budiman, Mohamad Aikal Saleh dengan sengaja menumbuk pemain Amna FC, Muhammad Nor Hakim Ahmad dalam aksi separuh akhir pada 24 Disember 2024 sehingga mencederakan bahagian muka.

Tindakan Aikal menyebabkan dia dilayangkan kad merah dan mencetuskan kontroversi di media sosial. Ini sekaligus memburukkan imej Budiman.

3- Insiden pergaduhan cemari aksi separuh akhir

Perlawanan separuh akhir antara Budiman dan Amna turut dicemari dengan beberapa insiden pergaduhan.

Budiman menerima lima kad kuning dan satu kad merah dengan Amna hanya menerima satu kad kuning. Insiden ini menjadikan perlawanan tidak terkawal dan mencemarkan semangat persaingan sihat.

Susulan itu, aksi penentuan tempat ketiga/keempat antara Budiman dan Panther FC dibatalkan. Hadiah kejohanan hanya akan diterima juara, naib juara dan pasukan tempat ketiga.

Arena Champion League berharap tindakan ini dapat menjadi pengajaran buat semua pihak dan sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.