Bukit Jalil Jadi Saksi Sokongan Tak Berbelah Bahagi Buat De Paula
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain naturalisasi kebangsaan, Guilherme De Paula telah diberikan penghormatan oleh Ultras Malaya ketika aksi persahabatan antara pasukan Malaysia dan Brunei. 

Perlawanan yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan Malaysia mencatat keputusan positif meraih kemenangan bergaya keatas Brunei dengan keputusan 4-0.

Perlawanan persahabatan ini merupakan aksi pertama De Paula bersama skuad kebangsaan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Stadium keramat ini sekaligus menjadi saksi semangat juang penyerang ini tatkala beliau berjaya menjaringkan satu gol buat pasukan.

Advertisements

De Paula yang masuk bagi menggantikan Syafiq Ahmad beberapa kali turut berjaya mencorakkan asakan merbahaya kepada pihak lawan.

Pada minit ke-83 permainan, peluang yang terhidang turut tidak dipersiakan apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti buat Malaysia. Ledakan kencang De Paula memastikan gol keempat berjaya diraih pasukan negara.

Apa yang lebih menarik, sebelum sepakan penalti itu dilepaskan, Ultras Malaya telah melaungkan nama De Paula. Chant ‘De Paula, De Paula’ telah bergema di seluruh SNBJ sekaligus menambah kehangatan malam gemilang pasukan Malaysia. 

Advertisements

Hal ini secara tidak langsung meningkatkan motivasi dirinya dalam usaha mendapatkan kembali rentak sebagai seorang peledak.

Untuk rekod, gol tadi merupakan jaringan kedua De Paula selepas jaringan kempen beliau pada kempen Kelayakan Piala Dunia, Jun tahun lepas. Setakat ini, De Paula telah melengkapkan sebanyak sepuluh kaps antarabangsa bersama pasukan kebangsaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram