Bukit Jalil Mula Jalani Proses Penukaran Rumput Zeon Zoysia
Harimau Malaya
HRH Crown Prince of Johor
Advertisements

Hari ini secara rasmi, Stadium Nasional Bukit Jalil mula jalani proses penukaran rumput dari ‘cowgrass’ kepada Zeon Zoysia hasil sumbangan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ).

“TMJ berangkat ke Majlis Perasmian Penggantian Rumput Stadium Nasional Bukit Jalil pada pagi 18 Mac 2023. Baginda telah menaja padang Zeon Zoysia stadium nasional sebagai sumbangan kepada bola sepak Malaysia.” – Dipetik dari ciapan Twitter rasmi HRH Crown Prince of Johor.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah YB Puan Hannah Yeoh, Menteri Belia & Sukan, YB Tuan Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri, YBrs. TS. Dr. Nagulendran A/L Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha serta Khairy Jamaludin, Pengarah JDT.

Advertisements

Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum ini digunakan untuk pelbagai aktiviti sukan dan selain sukan seperti konsert dan lain-lain akhirnya kini dikosongkan khas untuk membaik pulih padang dan proses penukaran rumput untuk kegunaan pasukan kebangsaan kelak.

Jenis rumput Zeon Zoysia ini turut digunakan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri yang kini merupakan padang bola sepak terbaik Malaysia yang turut memiliki sistem peparitan yang sangat baik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram