Burger Tebal & Ayam Goreng Menanti Penyokong Kedah
Liga Super
KDA FC
Advertisements

Penyokong pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tidak perlu bimbang lagi mengenai makanan yang dijual di Stadium Darul Aman selepas menu kegemaran ramai seperti burger dan ayam goreng akan dijual pada setiap hari perlawanan selepas ini.

Baru-baru ini, KDA FC mengumumkan dua rakan rasmi makanan dan minuman bagi musim 2024/2025. Dua rakan rasmi tersebut ialah GTR Burger dan Dsara Fried Chicken.

GTR Burger dan Dsara Fried Chicken masing-masing tampil dengan penajaan sebanyak RM50 ribu berserta perkongsian keuntungan dalam penjualan produk syarikat tersebut di hari perlawanan dan juga acara anjuran KDA FC.

Advertisements

Kedua-dua rakan rasmi KDA FC itu bakal memulakan jualan buat pertama kalinya di Stadium Darul Aman pada aksi pra-musim persahabatan menentang Penang FC pada Selasa (30 April).

Penyokong Kedah mampu memiliki set makanan dan minuman daripada GTR Burger ataupun Dsara Fried Chicken dengan harga serendah RM10 sahaja.

Advertisements

Bagi pembelian set makanan dan minuman GTR Burger, penyokong Kedah boleh membelinya secara pra-tempahan melalui laman web rasmi KDA FC.

Melalui tinjauan di ruangan komen di laman sosial rasmi KDA FC, rata-rata penyokong menyambut baik usaha kelab bagi mendapatkan makanan dan minuman dengan harga yang mampu milik buat para penyokong yang hadir ke stadium.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram