Buriram United Ambil Tindakan Segera Berhubung Isu CCTV
Dunia
All Things Thai Football
Advertisements

Semalam, arena bola sepak Thailand kecoh dengan pendedahan kamera CCTV di bilik persalinan pasukan pelawat di Stadium Chang milik Buriram United. Tidak mahu perkara ini berlarutan, Thunder Castle telah mengarahkan kamera tersebut dialihkan.

Sebelum ini, sudah ada ura-ura mengatakan wujud kamera CCTV di situ. Tetapi ia hanya terdedah selepas bekas presiden Chiangrai United, Miti Tiyapairat mengulas hal itu menerusi satu ciapan di Twitter.

“Kami sudah mengetahui kamera (di bilik persalinan pasukan pelawat) itu sudah ada sejak pertandingan Liga Juara-Juara Asia (ACL). Pasukan luar langsung tak tahu tentang perkara ini.

Advertisements

“Sesetengah menutup tempat kamera dengan pita pelekat, ada juga yang menggunakan kertas. Tetapi yang pasti, kami sudah memberi amaran kepada semua pasukan yang akan bertandang,” tulisnya.

Pada awalnya, Buriram menafikan wujud kamera di kawasan berkenaan. Tetapi penafian tersebut menambah rasa tidak puas hati pasukan-pasukan terhadap mereka.

Ini kerana mereka merasakan privasi mereka dicabuli dan mendedahkan pelbagai maklumat termasuk kesebelasan utama yang akan diturunkan.

Advertisements

Justeru, bagi mengelak kontroversi ini berlarutan, Thunder Castle bersetuju mengalihkan kamera dari bilik persalinan pasukan pelawat.

Ini sekaligus meredakan kemarahan kelab-kelab Thailand yang bertanding terhadap Buriram dan mengelak daripada dikenakan hukuman oleh pengurusan liga dan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram