Buriram United & Lion City Sailors Umum Jurulatih Baharu
MakanBola
BU?LCSFC

Dua kelab gergasi ASEAN, Buriram United dan Lion City Sailors (LCS) masing-masing mengumumkan jurulatih baharu bagi menghadapi kempen musim 2026/27.

Selepas memilih berpisah secara mengejut dengan jurulatih England, Mark Jackson, Buriram bertindak pantas mendapatkan jurulatih Portugal, Mario Silva sebagai pengganti.

Ini kelab kedua Silva di Asia selepas melatih kelab divisyen satu Arab Saudi, Al-Najma. Beliau juga pernah melatih Almeria, Santa Clara, Rio Ave, skuad pelbagai umur Porto dan Boavista.

Semasa di Porto, beliau membantu kelab itu menggilap bakat tonggak-tonggak skuad kebangsaan Portugal. Antaranya Vitinha, Diogo Costa dan Fabio Vieira.

Jackson pula memilih berkelana ke Singapura dan mengambil alih kerusi panas LCS. Beliau dibawa masuk menggantikan pengendali sebelumnya dari Sepanyol, Jesus Casas.

Bekas pengendali Thunder Castle itu mengakui cita-cita besar yang ditampilkan kelab Singapura itu mendorong beliau memilih menyertai finalis Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim 2024/25 itu.

Jackson tiba dengan reputasi sebagai pemenang trofi selepas memilih berkelana ke Asia. Beliau pernah menggondol trofi Piala AFC, Shopee Cup dan Thai League 1.

Jackson bakal disertai penolong jurulatih Wales, Cameron Toshack. Toshack yang juga anak kepada jurulatih legenda Wales, John Toshack juga akan memulakan tugas sebaik semua urusan dokumentasi selesai.