Buriram United Naik Taraf Padang Chang Arena
Asia Tenggara
@feelphoto3/Main Stand
Advertisements

Saingan Thai League 1 musim 2022-2023 menyaksikan Buriram United muncul juara dan hanya merekodkan dua kekalahan sepanjang musim. Dan sebagai persediaan mempertahankan kejuaraan liga pada musim hadapan, Thunder Castle telah menggerakkan proses penaiktarafan padang stadium mereka, Chang Arena.

Ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pengurusan kelab yang mahu memastikan kualiti padang yang bagus menjanjikan permainan berkualiti ditampilkan oleh anak-anak buah Masatada Ishii.

Dalam satu perkongsian di Facebook rasmi Buriram, proses penaiktarafan padang di Chang Arena sedang rancak berjalan. Proses penaiktarafan padang dibuat oleh Punta Turf Care, sebuah syarikat pengurusan padang yang terkemuka di Asia Tenggara.

Advertisements

Proses penaiktarafan ini dijangka memakan masa selama dua bulan. Tempoh tersebut dilihat lebih daripada cukup sebelum Chang Arena dapat digunakan semula kelab menjelang musim baru Thai League 1 yang dijangka bermula sekitar Ogos ini.

Tatkala semua ini sedang berjalan, pemburuan treble musim 2022-2023 buat kapten Harimau Malaya, Dion Cools dan Buriram masih belum berakhir. Pemburuan treble Thunder Castle dijangka berakhir sekiranya mereka berjaya menjulang Thai FA Cup pada 26 Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram